Sunday, 8 December 2013

ILMU DISEBAR DI SMK AMINUDDIN BAKI KL

SMK Aminuddin Baki KL, disinilah perjuanganku mendidik anak bangsa diteruskan ...



https://www.facebook.com/pages/SMK-Aminuddin-Baki-Kuala-Lumpur-Official/112327572128342

Jiwa seorang pendidik telah tertanam dalam hatiku secara tidak langsung dek kerana persekitaran keluarga yang rata-ratanya bergelar cikgu. Kakak sulung, suami nya, kakak yang ketiga dan suaminya merupakan seorang guru sekolah rendah. Situasi melihat mereka membuat kerja sekolah dirumah telah aku saksikan sejak sekian lama, kalau ditawarkan untuk membantu pastinya takkan ku tolak. Seronok membantu kerja-kerja mereka seperti menanda kertas jawapan objektif. Tahu tak cara menanda kertas tu macamana? mula-mula ambik ubat nyamuk, yer yer ubat nyamuk, nyalakan dan tiup padamkan apinya, yang tinggal baranya. kemudian cucuk la pada kertas objektif yang telah bertanda dengan jawapan sebenar, lepas tu letak atas kertas jawapan pelajar, dan mark pada tempat yang bertanda gelap. Senang kan, tapi sekarang banyak sekolah yang mempunyai mesin penanda jawapan objektif, namun begitu aku sendiri masih gunakan cara ni untuk ujian-ujian disekolah.



Kisah aku menjadi guru ni bermula dengan permohonan ke Maktab Perguruan untuk kursus KPLI, aku berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Sains (Kimia) di USM P.Pinang grad pada tahun 2003, terus je mohon KPLI lepas tu. Dapat tawaran temuduga, TAK LULUS! Huhu .. sedih tapi tak putus asa, buat rayuan dan berdoa siang malam supaya Allah memudahkan. ALHAMDULILLAH rayuanku diterima, aku ditempatkan di Maktab Teknik Cheras. Dipendekkan cerita, first posting aku ialah Kolej Matrikulasi Johor, mengajar Kimia. Perasaan mula-mula tu berdebar sebab kena mengajar budak pandai wehhh... ngeri... lama-kelamaan dah biasa mengajar dibilik kuliah berdepan dengan 250 pasang mata merenung pada aku seorang. Tapi pengalaman yang  paling menarik yang rupanya masih dapat diteruskan sejak dari sekolah rendah sehingga universiti, tak lain tak bukan TARIAN.Aku memang sangat sukakan seni tari sehingga aku terpilih menjadi penari varsiti ketika di USM dulu, kebolehan ini membawa aku ke merata tempat yang tak pernah kukunjungi. Apatah lagi aku hanya anak seorang nelayan yang tak mampu melancong ke sana sini. Pengalaman menaiki kapal terbang kali pertama ke Kuching Sarawak sangat menerujakan. Semuanya ditaja kerana kami membawa nama Universiti Sains Malaysia untuk dipertandingkan dalam bidang kebudayaan. Seterusnya ke Indonesia, Thailand dan banyak tempat dalam negara juga.

 Awal penglibatan di USM

Dan sekarang tahun ke 6 aku mengajar di SMK Aminuddin Baki KL, berpindah kerana mengikuti suami yang bekerja di KL. Tapi yang lebih ngeri berbanding 1st posting dulu ialah aku kena mengajar FIZIK ! oh tidak, tapi iyakan saje sebab aku tak pandai berdalih. Setelah 6 tahun mengajar Fizik, sedikit demi sedikit aku semakin menguasai ILMU FIZIK yang pada hakikatnya aku tidak pernah suka sebab sangat susah untuk difahami. Namun itu bukanlah alasan untuk aku tidak mengajar dengan baik, aku menuntut ilmu dengan sifu Pn Chew Cheah Yee Choo yang ketika itu beliau merupakan Penolong Kanan Tadbiran dan Kurikulum. Walaupun beliau sangat sibuk dengan pentadbiran SMK Aminuddin Baki SEKOLAH BERPRESTASI TINGGI kohort yang pertama, namun beliau tidak pernah menolak sekiranya aku ingin belajar darinya. Beliau juga tidak kisah jika aku memasuki kelas yang diajarnya dan aku pun tidak peduli dengan pandangan pelajar yang mungkin pelik kenapa aku berada disitu, seolah-olah aku sedang memantau beliau mengajar hahaha... macam aku plak yang lagi hebat. Sungguh kagum dengan cara beliau mengajar malah tidak lokek memberikan nota jika aku meminta, dengan rendah diri beliau mengatakan 'Aiya Rohaida saya punya nota tulis tangan saja, u mau ka?" uish kecik tapak tangan, padang bola SAB saya tadahkan Pn Chew...hehe TERIMA KASIH PN CHEW, bukan beliau seorang, aku juga sering bertanya pada En Afandi Samat, Pn Jill yang ketika itu masih di SAB. Sekarang sifu-sifu ini sudah meninggalkan SAB tetapi aku cuba sedaya upaya mendidik anak muridku dengan ilmu yang dihimpun daripada mereka. Sekarang aku hebat? tak lah, aku masih belajar walaupun dengan guru junior kerana dia merupakan pelajar cemerlang yang dihantar ke Switzerland oleh KPM untuk mendalami ilmu fizik. Thank you so much dik, Nurhafiza Sharin kerana sentiasa bantu akak. Seorang lagi guru fizik di SAB En Faizal Ab Rahim, seorang guru yang berpengalaman di SAB, walaupun dia tidak mengajar fizik hampir sepuluh tahun namun ILMU pasti kekal apatah lagi dia sangat bagus dalam bidang ICT, terlalu banyak jasanya pada Panitia Fizik dengan usaha beliau juga menemukan aku dengan GROUP GURU FIZIK di laman facebook (https://www.facebook.com/groups/390039324367221/) yang banyak sekali memberi MANFAAT dengan perkongsian guru-guru fizik seluruh Malaysia. ALHAMDULILLAH

Bersama guru-guru tingkatan 5 dan 6 pada Hari Graduasi 2013

Sesi Fotografi untuk majalah sekolah bersama pelajar 5 Cekal 2013


Sesungguhnya , aku bersyukur ya Allah kerana tindakan aku tidak menolak untuk mengajar Fizik itu, menambah ilmu aku sebagai seorang pendidik yang IN SHAA ALLAH akan memberi manfaat untuk semua.

Majlis Jamuan Akhir Tahun Guru SABKL 2013 di hotel Flamingo, Ampang

Saturday, 7 December 2013

Kisah Best Western Resort a.k.a Tiara Bay Resort

Thank you .. ramai jugak yang view blogku...cinta ilmu

Pernah pergi sini? Sambungan dari cerita peperiksaan budak tahanan .. maka skrg bermulalah cuti sekolahku (alamak, isnin n selasa dah mesyuarat sbnrnya) kira cuti dah la ni kan .. so,cuti perlu dimanfaatkan, selain berblog, aku agak sibuk orang yang nak bercuti. Macamana tu,orang yang nk bercuti aku yang sibuk,

haaa...bermulalah kisah di BEST WESTERN/ TIARA...korang ingat aku nak cite hantu ke .. memang tak la sbb ni part time aku cuti sekolah!(hantu kat mana - mana pun ada) sini nak promote, tarikan utama disini pastinya WATER PARK walaupun tak sehebat Sunway Lagoon atau tempat lain yg kurang sikit hebat dari tu, tapi bagi aku dah cukup hebat sebab aku tak larat dah nak suruh anak yang umur 5 tahun tu naik sampai kecut semua jari2 pun tak dihiraunya.Dengan harga yang berpatutan, korang pasti tak rugi bawak anak2 bercuti kat sini, mereka akan senyum dan puji2 kita sebab bawak dia ke sana. Hehe...

Kalau ada yang berminat nak tahu kadar harga yang kami tawarkan, begini yer ...

Aptment 2 bilik tidur (Family Suite), RM250 Studio Standard RM150
Wristband ada pakej gak kalau ambik aprtmn, qualifiy beli 4 wb (2 sesi, pg n ptg) dgn harga 100, kalau sewa studio qualify 2 wb dgn harga 50.kalau beli 1 rm 35.



Studio Standard

Senang cerita kalau nak tahu lebih lagi boleh la watsapp kat no 01111330010 boleh tanya detail pasal ni ...

Anyway... apapun aku sangat- sangat BERSYUKUR kerana Allah melimpahkan rezeki kepada keluarga kami dalam pelbagai bentuk, yang paling utama TERIMA KASIH ALLAH kerana kurniakan kesihatan yang baik kepada kami, kedua ibubapa kami, dan anak- anak kami. Sesungguhnya segala kelebihan datang dari ALLAH SUBHANAHUATAALA dan kekurangan itu datang dari kelemahan kami sendiri . Wallah hu a'lam...

Friday, 6 December 2013

SCHOOL HOLIDAY ...

Assalamualaikum wbt ....

Cuti sekolah .... yeaa!!! walaupun cuti sekolah dah 2 minggu bermula tapi tak semua cikgu cuti termasuklah aku. Officially hari ni 7 Dis 2013 baru la aku mula cuti, sbb apa? bukan tak nak cuti tp rasanya semua orang dah maklum nowadays cikgu sangat terbeban dengan kerja-kerja pentadbiran dan tak terkecuali membuat kerja SULIT kerajaan :)

Suspen jer, jaga exam jer .. tu kan kerja SULIT tak boleh diwar warkan. tp dah abis ni boleh la cite sikit. SPM Tahun 2013 ini menuntut aku sebagai salah seorang pengawas peperiksaan tp yg paling aku tak sangka tahun ke 3 aku menjadi pengawas SPM ni, aku dilantik menjadi Ketua Pengawas Hospital/ Tahanan ...

Tahanan?!! betul-betul... TAHANAN .. macam tak caya jer, aku betul-betul mengawas calon tahanan di sebuah pusat tahanan dan pemulihan di ibukota KL. Part ni yang best nak cerita kat korang .. calon ni perempuan, sekali tengok macam biasa je, xde nampak jahat ke kejam ke hehe (mereka bukan kes juvana hanya salah laku) tapi perasaan aku masa tu bercampur baur kesian, sedih (tgk anak melayu jadi macam ni), marah (sebab tak pasal2 aku kena ulang alik ambik kertas exam kat pusat peperiksaan terdekat) hehe .. tapi yang paling berligar di kepala aku PERASAAN INGIN TAHU.. nak sangat tahu apa yang budak ni buat sampai kena berada dalam kawasan tahanan yg TEMBOKnya, mak aii ... atlit lompat galah pun x lepas, kalau lepas pun tersangkut kat kawat duri menjalar kat atas tembok tu. Calon ni pakai uniform cuma berSELIPAR JEPUN ... dlm hati aku, takkan nak ambik exam tak tau tatatertib ketika ambil peperiksaan, takkan penyelia/ warden asrama tak tengok pakaian budak ni..rupa-rupanya .. dia kan orang tahanan, so memang selipar jepun tu wajib dipakai.. kesian...sampai berlubang dah tapaknya disebabkan kesan daya geseran (hmm keluar dah istilah fizik) .

Dipendekkan cerita, aku dan 2 orang lagi pengawas jaga lah budak ni sampai habis peperiksaan bagi semua subjek yang diambilnya (6 Teras dan Seni Visual) ... apa? 3 orang jaga seorang? betul ... prosedur... tp yang paling kami bertiga ni panas hati, dia TIDUR !!! jap termenung jap jawab jap tidur jap termenung lagi ... sampai la masa 2 jam setengah kertas BM tu abis ... kalau korang? PANAS HATI la gak kan .. tapi dah tugas, jadi Pengawas SPM cum BABY SITTER .. seronok?? lebih kepada bosan la, kalau mengawas kat pusat biasa, boleh jalan-jalan .. ronda-ronda ...gelak gelak kecil tengok karenah orang jawab exam .. huhu

Al kisahnya .. last day sorang pengawas ni cuba la borak ngan dia dan tanya sebab dia terjebak di PENJARA SEPI ni .. dia cakap " mak saya tak larat jaga saya, lagipun saya bosan duk rumah, so mak bapak saya hantar saya sini " ????? Sekarang kau tak bosan ke ...huhu... rasanya dia ni kes lari dari rumah kot .. ntah la, wallah hu a'lam..

Moral of the story, sesiapa sahaja yang membaca kisah ni, sama-samalah kita mengingatkan diri kita dan orang lain bahawa tugas mendidik anak tidak semudah menjaga mereka. kalau kita rasa jaga anak ni susah, mendidik mereka menjadi insan mulia dan berguna kepada masyarakat SEJUTA kali lebih susah. Sama-samalah kita MENCARI ILMU MENDIDIK supaya ILMU kita berkali ganda daripada anak-anak yang panjang akalnya...lebih lebih lagi sebagai PENDIDIK, apa yang paling menggembirakan adalah anak didik kita BERJAYA DUNIA dan AKHIRAT .. Aminnn...



Assalamualaikum wbt ....

Lama betul tak update blog lama .. cuti sekolah kali ni ambil peluang untuk kembali ber blogging. Blog ni dinamakan CINTA ILMU sebab aku rasa tiada yang kekal dimuka bumi Allah selain ILMU. Blog aku dulu dibuat atas satu tujuan, sebab apa? sebab nak promosikan bisnes .. jadi bila bisnes dah berkubur, aku kebumikan skali dengan blog tu .. hehe . Baiklah, nanti aku update blog dengan perkara yang bermanfaat In Shaa Allah ..