Sunday, 8 December 2013

ILMU DISEBAR DI SMK AMINUDDIN BAKI KL

SMK Aminuddin Baki KL, disinilah perjuanganku mendidik anak bangsa diteruskan ...



https://www.facebook.com/pages/SMK-Aminuddin-Baki-Kuala-Lumpur-Official/112327572128342

Jiwa seorang pendidik telah tertanam dalam hatiku secara tidak langsung dek kerana persekitaran keluarga yang rata-ratanya bergelar cikgu. Kakak sulung, suami nya, kakak yang ketiga dan suaminya merupakan seorang guru sekolah rendah. Situasi melihat mereka membuat kerja sekolah dirumah telah aku saksikan sejak sekian lama, kalau ditawarkan untuk membantu pastinya takkan ku tolak. Seronok membantu kerja-kerja mereka seperti menanda kertas jawapan objektif. Tahu tak cara menanda kertas tu macamana? mula-mula ambik ubat nyamuk, yer yer ubat nyamuk, nyalakan dan tiup padamkan apinya, yang tinggal baranya. kemudian cucuk la pada kertas objektif yang telah bertanda dengan jawapan sebenar, lepas tu letak atas kertas jawapan pelajar, dan mark pada tempat yang bertanda gelap. Senang kan, tapi sekarang banyak sekolah yang mempunyai mesin penanda jawapan objektif, namun begitu aku sendiri masih gunakan cara ni untuk ujian-ujian disekolah.



Kisah aku menjadi guru ni bermula dengan permohonan ke Maktab Perguruan untuk kursus KPLI, aku berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Sains (Kimia) di USM P.Pinang grad pada tahun 2003, terus je mohon KPLI lepas tu. Dapat tawaran temuduga, TAK LULUS! Huhu .. sedih tapi tak putus asa, buat rayuan dan berdoa siang malam supaya Allah memudahkan. ALHAMDULILLAH rayuanku diterima, aku ditempatkan di Maktab Teknik Cheras. Dipendekkan cerita, first posting aku ialah Kolej Matrikulasi Johor, mengajar Kimia. Perasaan mula-mula tu berdebar sebab kena mengajar budak pandai wehhh... ngeri... lama-kelamaan dah biasa mengajar dibilik kuliah berdepan dengan 250 pasang mata merenung pada aku seorang. Tapi pengalaman yang  paling menarik yang rupanya masih dapat diteruskan sejak dari sekolah rendah sehingga universiti, tak lain tak bukan TARIAN.Aku memang sangat sukakan seni tari sehingga aku terpilih menjadi penari varsiti ketika di USM dulu, kebolehan ini membawa aku ke merata tempat yang tak pernah kukunjungi. Apatah lagi aku hanya anak seorang nelayan yang tak mampu melancong ke sana sini. Pengalaman menaiki kapal terbang kali pertama ke Kuching Sarawak sangat menerujakan. Semuanya ditaja kerana kami membawa nama Universiti Sains Malaysia untuk dipertandingkan dalam bidang kebudayaan. Seterusnya ke Indonesia, Thailand dan banyak tempat dalam negara juga.

 Awal penglibatan di USM

Dan sekarang tahun ke 6 aku mengajar di SMK Aminuddin Baki KL, berpindah kerana mengikuti suami yang bekerja di KL. Tapi yang lebih ngeri berbanding 1st posting dulu ialah aku kena mengajar FIZIK ! oh tidak, tapi iyakan saje sebab aku tak pandai berdalih. Setelah 6 tahun mengajar Fizik, sedikit demi sedikit aku semakin menguasai ILMU FIZIK yang pada hakikatnya aku tidak pernah suka sebab sangat susah untuk difahami. Namun itu bukanlah alasan untuk aku tidak mengajar dengan baik, aku menuntut ilmu dengan sifu Pn Chew Cheah Yee Choo yang ketika itu beliau merupakan Penolong Kanan Tadbiran dan Kurikulum. Walaupun beliau sangat sibuk dengan pentadbiran SMK Aminuddin Baki SEKOLAH BERPRESTASI TINGGI kohort yang pertama, namun beliau tidak pernah menolak sekiranya aku ingin belajar darinya. Beliau juga tidak kisah jika aku memasuki kelas yang diajarnya dan aku pun tidak peduli dengan pandangan pelajar yang mungkin pelik kenapa aku berada disitu, seolah-olah aku sedang memantau beliau mengajar hahaha... macam aku plak yang lagi hebat. Sungguh kagum dengan cara beliau mengajar malah tidak lokek memberikan nota jika aku meminta, dengan rendah diri beliau mengatakan 'Aiya Rohaida saya punya nota tulis tangan saja, u mau ka?" uish kecik tapak tangan, padang bola SAB saya tadahkan Pn Chew...hehe TERIMA KASIH PN CHEW, bukan beliau seorang, aku juga sering bertanya pada En Afandi Samat, Pn Jill yang ketika itu masih di SAB. Sekarang sifu-sifu ini sudah meninggalkan SAB tetapi aku cuba sedaya upaya mendidik anak muridku dengan ilmu yang dihimpun daripada mereka. Sekarang aku hebat? tak lah, aku masih belajar walaupun dengan guru junior kerana dia merupakan pelajar cemerlang yang dihantar ke Switzerland oleh KPM untuk mendalami ilmu fizik. Thank you so much dik, Nurhafiza Sharin kerana sentiasa bantu akak. Seorang lagi guru fizik di SAB En Faizal Ab Rahim, seorang guru yang berpengalaman di SAB, walaupun dia tidak mengajar fizik hampir sepuluh tahun namun ILMU pasti kekal apatah lagi dia sangat bagus dalam bidang ICT, terlalu banyak jasanya pada Panitia Fizik dengan usaha beliau juga menemukan aku dengan GROUP GURU FIZIK di laman facebook (https://www.facebook.com/groups/390039324367221/) yang banyak sekali memberi MANFAAT dengan perkongsian guru-guru fizik seluruh Malaysia. ALHAMDULILLAH

Bersama guru-guru tingkatan 5 dan 6 pada Hari Graduasi 2013

Sesi Fotografi untuk majalah sekolah bersama pelajar 5 Cekal 2013


Sesungguhnya , aku bersyukur ya Allah kerana tindakan aku tidak menolak untuk mengajar Fizik itu, menambah ilmu aku sebagai seorang pendidik yang IN SHAA ALLAH akan memberi manfaat untuk semua.

Majlis Jamuan Akhir Tahun Guru SABKL 2013 di hotel Flamingo, Ampang

No comments:

Post a Comment